Tuesday, January 17, 2012

Kayuhan Cinta Desa Jeram Tekoh

Program Kayuhan Cinta Desa, Kg Jeram Tekoh, Gua Musang telah berlangsung pada 9 dan 10hb Dis 2011 (Jumaat & Sabtu) dan dianjurkan bersama oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Jeram Tekoh dan ACT Kelantan. Program ini melibatkan 31 orang peserta & panitia daripada ACT Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor.

Semua peserta & panitia bertolak menaiki sebuah bas dari Shah Alam pada jam 7.45pagi bersama sebuah lori yang membawa muatan 40 buah basikal. Rombangan ini tiba di pekan Gua Musang pada jam 12.45tghari. Selesai solat Jumat di Masjid Tengku Muhd Faiz Petra, perjalanan diteruskan ke Masjid Kg Jeram Tekoh dan tiba pada jam 2.30pm 

Kedatangan peserta disambut oleh bakal2 keluarga angkat peserta di dewan makan Masjid Jeram Tekoh dan jamuan ringan turut disediakan. 
Semua peserta disajikan dengan makanan & minum petang setibanya di Masjid Jeram Tekoh
Acara program bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Ab Aziz Mohd, Ketua Peneroka RKT KESEDAR Jeram Tekoh.20 keluarga angkat telah dipilih oleh JKKR utk menempatkan 31 peserta dan panitia yg hadir. Selepas semua peserta berjumpa wakil keluarga angkat masing-masing, mereka pulang ke rumah keluarga angkat untuk berkenalan & beramah mesra sehingga waktu Asar
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Peneroka Jeram Tekoh merangkap; bapa angkat pengerusi majlis
Pada jam 5 ptg, semua peserta dan keluarga angkat berkumpul di desa gemilang untuk memulakan kayuhan.
KCD kali ini mendapat penyertaan dari kanak-kanak berumur 14 bulan
Pihak ACT telah menyediakan 20 basikal utk keluarga angkat dan penduduk kampung untuk sama-sama berkayuh. Oleh kerana Sambutan dari keluarga angkat untuk turut berkayuh amat memberangsangkan, pihak ACT terpaksa meminjamkan beberapa basikal dari peserta supaya mereka menyertai kayuhan pada petang tersebut.

Kayuhan yg diatur laluannya oleh pasukan RELA, meliputi semua kawasan desa di Kg Jeram tekoh (9 desa) dan jarak keseluruhan ialah 8.79km. Walaupun jaraknya tidak jauh, namun secara keseluruhan, laluan kayuhan semuanya adalah kawasan berbukit. 

Kayuhan selesai pada jam 6.40ptg di dataran GDW (gerakan desa wawasan) kg Jeram Tekoh. Paling istimewa bagi kayuhan ini ialah, kesungguhan keluarga angkat utk bersama-sama anak angkat masing-masing berkayuh walaupun kebanyakkan daripada mereka sudahpun berumur dalam lingkungan 60an. Namun demikian ada juga dikalangan mereka tidak mengikut laluan yg telah ditentukan oleh pihak RELA kerana mereka sudah tahu jalan-jalan pintas di kg mereka.

Secara keseluruhan, Kayuhan Cinta Desa pada petang tersebut adalah berjaya, kerana penglibatan penduduk kampung dan keluarga angkat, serta laluan kayuhan meliputi semua kawasan desa keluarga angkat peserta.

Pada malamnya, berlaku Forum Hal Ehwal Islam di masjid kg Jeram Tekoh. Acara ini dianjurkan sepenuhnya oleh pihak Kesedar.3 org ahli panel yang telah dijemput ialah; 
1. Ust Ab Aziz Yahya dari Bahagian Agama Radio Malaysia Kelantan. 
2. Ust Mokhtar Yaakob dari Unit Pembangunan Modal Insan FELDA 
3. Ust Wan Omar b Isa Unit Agama KESEDAR 

Tajuk forum ialah Masihkah Kau Ingat. Forum tersebut banyak memberi kesedaran kpd peneroka-peneroka supaya ingat akan kesusahan yang dilalui ketika mula-mula meneroka kawasan di Jeram Tekoh. Ketika itu semua peneroka hidup dalam kesusahan, namun ikatan persaudaraan dikalangan peneroka amat akrab. Kini setelah hampir 30thn, nilai-nilai persaudaraan itu hilang hanya kerana berbeza pendapat. Keadaan ini menyebabkan perpecahan dan merugikan masyarakat itu sendiri. 

Walaupun bahasa yg digunakan dlm forum tersebut ialah bahasa kelantan pekat, namun isi utama forum tersebut dapat difahami oleh semua peserta. (sebabnya kami dapati apabila orang kampung ketawa, peserta pun ketawa juga :D). Forum selesai pada jam 10.30mlm. 
Ahli-ahli Panel Forum Hal Ehwal Islam
Pada pagi Sabtu,10hb Disember,semua peserta dan masyarakat berkumpul di dataran GDW pada jam 8.00pagi untuk program Gotong-royong Perdana yang meliputi,
1. Sembelihan seekor lembu. 
2. Persiapan makan tengahari untuk 500 org. 
3. Persiapan majlis penutup 
4. Pembersihan kawasan jalan/ tebang pokok 
Persiapan hidangan yang telah disediakan oleh kaum ibu
Pada masa yg sama, berlaku kejohanan futsal antara Belia-belia di RKT Kesedar di dalam Jajahan Gua Musang. Kawasan-kawasan yg terlibat ialah; Kg Sg Asap, Kg Renok Baru, Kg Paloh Satu, Kg Paloh Dua, Kg Paloh Tiga, Kg Lebir, Kg Chalil, Kg Meranto dan Kg Jeram Tekoh 

Kejohanan kali ini dimenangi oleh Kg Paloh Dua A yg mengalahkan pasukan Meranto di perlawanan akhir melalui sepakan penalti. 
Gambar-gambar ketika gotong-royong perdana berlangsung
Majlis perasmian penutup bermula pada jam 2ptg dimana ketibaan Pengurus Besar KESEDAR Tn Hj Mohd Arshad b Ismail diiringi oleh pasukan RELA, peserta berbasikal dan konvoi motosikal. Acara dimulakan dengan makan tengahari dan diringi kumpulan musik orang asli yang dikenali sebagai LEHOJ dari Kg Kuala Betis, Gua Musang.

Upacara perasmian penutup program, dimulakan dgn bacaan doa oleh Imam Masjid Kg Jeram Tekoh iaitu Tn Hj Mokhtar b Omar. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Peneroka, Tn Hj Ab Aziz Mohd. Kemudian, diteruskan dengan ucapan Pengarah Program Kayuhan Cinta Desa, En Ab Wahab dan yang terakhir, ucapan Pengurus Besar KESEDAR Tn Hj Mohd Arshad yg seterusnya merasmikan upacara penutupan majlis Pemimpin KESEDAR bersama peneroka dan Kayuhan Cinta Desa Jeram Tekoh 2011. 

Program anjuran bersama JKKR, Kesedar & ACT ini amat bermakna bagi penduduk Jeram Tekoh kerana ini adalah kali pertama Pengurus Besar KESEDAR hadir sejak memegang jawatan tersebut pada tahun 2009. Pengurus Besar juga mengumumkan akan meminta dan merayu kepada Kementerian Luar Bandar & Wilayah supaya melupuskan hutang 2,228 peneroka KESEDAR yg bernilai 114juta (berita ini dilaporkan di TV1 dan Bernama).

Pegawai2 kanan KESEDAR juga amat berpuas hati dengan program anjuran bersama ACT dan akan membantu ACT dalam menjayakan program kemasyarakatan di dalam kawasan wilayah KESEDAR pada masa akan datang. Antara pegawai2 kanan KESEDAR yg turut hadir dlm majlis tersebut ialah
Tn Hj Othman b Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian. 
En Eshamudin b Basri, Timbalan pengurus bahagian pembangunan pertanian 
En Kamal Badrul, Pegawai Masyarakat 
Pn Nurhayati bt Mat Rusok, Pegawai Perhubungan Awam 
Cik Rushwahanis bt Ramli, Pegawai pentadbiran, dan 
Pengurus - pengurus operasi dari semua kawasan RKT KESEDAR Gua Musang. 

Susulan dari prog ini, pihak KESEDAR telah merancang untuk bersama Timnas Kelantan utk mengadakan program susulan di kawasan Chalil dan Lebir (juga di dlm jajahan Gua Musang) pada tahun 2012. 

Untuk makluman, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan atau KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Walaupun KESEDAR hanya meliputi 4 daerah (Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli), namun ia melibatkan 83% keluasan negeri Kelantan. 

Oleh kerana bidang tugas KESEDAR selari dengan misi kita iaitu Memperkasakan Ekonomi dan Modal Insan Luarbandar, Kami dari Timnas akan terus kerjasama dengan KESEDAR utk aktiviti-aktiviti kami di Kelantan. Lawatan kerja ke Ibu Pejabat KESEDAR akan di buat pada 8 Februari 2012.

Tuesday, December 13, 2011

Hendak Seribu Daya

Cadangan Tim Nasional ACT Kelantan (Timnas) untuk mengadakan program Kayuhan Cinta Desa (KCD) di Jeram Tekoh, Gua Musang telah menarik perhatian pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Pada asalnya, kami bercadang untuk menangguhkan program tersebut, kerana tarikh yang dicadangkan; 9-11 Disember 2011 tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan ibupejabat ACT. Namun, cadangan penangguhan kami ditolak kerana pihak KESEDAR telah meluluskan peruntukan untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

Kesungguhan Pengurus Operasi KESEDAR Jeram Tekoh, Che Daud bin Che Nik untuk menjayakan program ini dapat kami rasai apabila beliau sanggup meluangkan sedikit masa dan mengatur pertemuan dengan Timnas di Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada 28hb Nov kira-kira jam 5 petang.

Hasil daripada pertemuan tersebut, Timnas telah bersetuju untuk meneruskan program KCD dengan memendekkan tempoh program kepada 9-10hb Disember sahaja. Jadual tentatif program juga diatur mengikut kesesuaian kerana tempoh masa telah disingkatkan.

Pengisian program yang dipersetujui ialah;
  • Penglibatan 40 peserta dan panitia dari Timnas
  • Penglibatan 20 keluarga angkat dari pihak peneroka
  • Kayuhan berbasikal di sekitar kawasan Jeram Tekoh
  • Motivasi untuk murid tahun 4-6 dari Timnas
  • Forum Hal Ehwal Islam dari pihak KESEDAR
  • Gotong-royong Perdana dari pihak KESEDAR
  • Majlis bersama Pengurus Besar dari pihak KESEDAR
Mensyuarat susulan telah dijadualkan pada 1 Disember di Pejabat Operasi KESEDAR Jeram Tekoh.

Komitmen yang ditunjukkan oleh pihak KESEDAR dalam menjayakan program-program kemasyarakatn telah membuka ruang untuk Timnas untuk bersama-sama KESEDAR lagi pada tahun 2012. Dalam mensyuarat mingguan Timas pada 30 November, pihak kami bersetuju untuk memberi fokus kepada program-program kemasyarakatan dan pembangunan modal insan bersama KESEDAR. Selain itu, pihak Timnas juga akan mengenal pasti, potensi-potensi kegiatan pertanian, penternakan dan industri kecil yang boleh membantu memperkasakan ekonomi penduduk di luar bandar.

Timnas juga telah memilih tarikh yang bersesuian untuk diadakan program susulan bersama KESEDAR pada tahun 2012 iaitu:

  1. 23-25 Mac di Daerah Jeli
  2. 25-27 May di Daerah Kuala Krai
  3. 14-16 Sept di Daerah Tanah Merah, dan
  4. 30Nov-2Dis di Daerah Gua Musang.
Kami berharap, tarikh-tarikh yang dicadangkan, akan mendapat perssetujuan dari pihak KESEDAR dan juga ibupejabat pengurusan ACT. InsyaAllah!





Saturday, November 5, 2011

Hari Peneroka Kesedar


Sambutan Hari Peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang melibatkan sembilan RKT di daerah Gua Musang merupakan penghubung silaturrahim antara peneroka-peneroka. Setiap tahun sambutan Hari Peneroka telah ditetapkan pada 7 Julai.

Laizimnya pihak Kesedar memperingati Hari Peneroka dengan pengisian pencarian tokoh melalui pemilihan dan penganugerahan tokoh seperti Anugerahan Tokoh Peneroka Berjaya, Tokoh Ibu Mithali, Tokoh Belia, Anugerah Rumah Contoh, Masjid Contoh dan lain-lain akan menyemarakkan lagi semangat untuk mencapai tahap kecermelangan, menaikkan imej individu sebuah RKT serta Kesedar sendiri. Kesemua ini merupakan pengiktirafan, ukuran nilai dan martabat Kesedar. Begitu juga dengan pemilihan pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) yang dianjurkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Hari peneroka peringkat RKT Kesedar Jeram Tekoh telah diadakan pada 31hb Oktober 2011 di perkarangan dewan Gerakan Desa Wawasan (GDW) Jeram Tekoh. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tn Hj Osman Ismail; Pengurus Pembangunan Pertanian Kesedar, En Daud Che Nik; Pengurus Kesedar Jeram Tekoh dan Tn Hj Ab Aziz; ketua Peneroka Kesedar Gua Musang.

Sebahagian penduduk yang hadir
Pelbagai acara sukan rakyat diadakan pada majlis tersebut seperti Boling Padang Kelapa, Getah Para, Makin Jauh-Makin Sayang, Dam Haji dan Futsal Veteran Lelaki dan Wanita.




Acara baling telur




Tim Nasional ACT Kelantan telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut. Kami diwakili oleh En Ab Wahab, En Abizar dan En Rusdino. Walaupun tidak terlibat dalam mana-mana acara yang diadakan, kami dapat merasakan kemeriahan majlis tersebut lebih-lebih lagi dalam acara yang melibatkan peneroka-peneroka veteran.

Acara futsal wanita veteran
Pada waktu yang sama tim ACT mengambil kesempatan untuk berbicang tentang program Kayuhan Cinta Desa bersama En Daud, Tn Hj Ab Aziz dan Tn Hj Ab Hamid (Pengerusi AJK Hari Peneroka).  Kami menyerahkan draf tentatif program yang dicadang untuk diadakan pada 9-11hb Disember nanti. Maklum balas awal menunjukkan, pihak Kesedar bersetuju dengan cadangan aturcara program tersebut. Bagi pihak peneroka, Tn Hj Ab Aziz perlu mendapat persetujuan penduduk sebelum beliau mengambil apa-apa keputusan. Beliau akan mengadakan mesyuarat selepas Hari Raya Korban nanti bersama dengan semua penduduk.

Tn Hj Ab Aziz, & Tn Hj Ab Hamid sedang asyik membaca deraf program Kayuhan Cinta Desa
Kami juga berkesempatan untuk berjumpa dengan seorang kordinator dari Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), En Mohd Hafiz yang membuka meja permohonan kemasukan ke KIST kepada belia di Jeram Tekoh. Beliau sangat teruja dengan cadangan program yang akan dianjurkan oleh pihak ACT bersama Kesedar dan penduduk Jeram Tekoh dan bercadang untuk turut serta dalam program tersebut. Beliau akan berbincang dengan pengurusan kolej untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan pada hari program itu nanti. Kesudian pihak KIST untuk bersama-sama ACT dalam memberi khidmat kepada penduduk di Jeram Tekoh akan membuka ruang kerjasama dalam program-program ACT di daerah-daerah lain pada masa akan datang.

Sunday, October 30, 2011

Lawatan ke ladang syarikat Kayu Gaharu Malaysia

Tim Nasional ACT Kelantan memulakan perjalanan pada 23hb Oktober 2011, dari Paloh Satu ke Dabong, Kuala Krai yang jaraknya kira-kira 50km untuk melawat Projek Ladang Gaharu (Depu) dari Syarikat Kayu Gaharu Malaysia Sdn Bhd. Kami singgah di pejabat ladang usahasama UPSB dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk melihat sendiri kajian teknik tanaman pokok Gaharu berkembar yang buat oleh En Jusoh, petugas di pejabat berkenaan. Walaupun teknik berkenaan tidak dapat mewujudkan tindak balas yang boleh membentuk Gaharu secara semulajadi, namun pokok berkenaan masih lagi dijaga oleh En Jusoh.

5 batang pokok di jalin bersama
Menurut En Jusoh atau lebih mesra dipanggil Abe Soh, beliau sudah beberapa tahun membuat kajian sendiri tentang pokok Gaharu untuk mewujudkan tindakbalas (penyakit) secara semulajadi, namun masih belum berhasil.

Walaubagaimanapun, Abe Soh juga mempunyai vaksin/ bakteria penggalak resin tersendiri yang diyakini dapat menghasilkan Gaharu dengan kesannya boleh dilihat dalam tempoh 6 bulan selepas proses penginokulasian. Beliau bersedia untuk memberinya percuma jika kita mahu menggunakkannya untuk kajian, tetapi jika mahukannya untuk perniagaan, beliau boleh bantu untuk dapatkannya daripada negara jiran; Thailand.

Beberapa teknik yang telah dilakukan oleh Abe Soh untuk menghasilkan Gaharu secara semulajadi














Abe Soh (kedua dari kanan) berkongsi pengalaman bersama Tim ACT
Penanaman pokok Gaharu didalam pasu juga merupakan salah satu teknik yang tidak membuahkan hasil
Kami meneruskan perjalanan ke Dabong untuk bertemu dengan pengurus ladang syarikat Kayu Gaharu Malaysia Sdn Bhd iaitu En Noh. Perjalanan kami agak perlahan kerana tidak mahu terlepas simpang ke pintu masuk ladang.
Setibanya di simpang ke ladang Gaharu, Abe Noh menunggu kami dengan sebuah Toyata Hillux untuk membawa kami masuk ke kawasan ladang.

Bentuk muka bumi kawasan tersebut yang berbukit-bukit membuatkan, hanya kenderaan pacuan empat roda yang sesuai untuk digunakan.












Lawatan kami bermula dengan melihat kawasan pokok Gaharu yang berumur setahun. Abe Noh menunjukkan kepada kami dua kawasan pokok Gaharu berumur setahun dan kami dapati saiz batang pokok berkenaan amat berbeza. Ini kerana pertumbuhan pokok-pokok Gaharu akan terganggu jika kawasan tanaman tidak dijaga dengan baik dan baja yang tidak mencukupi.

Kawasan pokok Gaharu berumur setahun

Seterusnya kami dibawa ke kawasan pokok yang berumur 3 tahun. Menurut Abe Noh, walaupun sudah berusia 3 tahun, pokok-pokok Gaharu masih memerlukan penjagaan yang rapi kerana jika hujan lebat dan angin kencang, kebarangkalian untuk pokok tumbang masih tinggi. Terdapat juga pokok-pokok yang sudah bersedia untuk diinokulasi berdasarkan saiz batangnya yang sudah matang.

Gambar kiri: Pokok Gaharu yang pernah tumbang kini mengeluarkan daun-daun baru. 
Gambar kanan: Tim ACT tercari-cari pokok halia yang baru ditanam di kawasan pokok Gaharu yang berusia 3 tahun.

Kawasan ladang yang belum dibersihkan; terdapat banyak pokok Gaharu yang sudah ditanam dikawasan tersebut
Selesai sesi lawatan di ladang, Abe Noh berkongsi pengalaman beliau dalam pengurusan ladang. Beliau sudah hampir 30 tahun menceburkan diri dalam pengurusan ladang; iaitu sejak menjadi peneroka Kesedar di Paloh 3. Walaupun mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan ladang, beliau lebih mahir di ladang Kelapa Sawit dan Getah. Bekerja di ladang pokok Gaharu memberi satu pengalaman baru kepada beliau dan masih dalam proses untuk memahami karektor dan karenah pokok-pokok Gaharu. Beliau juga bersedia untuk membantu Tim ACT jika mahu menguruskan ladang Gaharu sendiri kelak.
Tim ACT beredar meninggalkan ladang Kayu Gaharu Malaysia pada jam 12 tengahari. 

Tuesday, October 25, 2011

Kampung Limau Kasturi

Kampung Limau Kasturi terletak kira-kira 15km dari Kampung Jeram Tekoh dan 40km dari Bandar Gua Musang. Dianggarkan mempunyai penduduk seramai 2,000 orang yang majoritinya kaum Melayu dan hanya terdapat dua buah keluarga kaum cina.


Kampung Limau Kasturi mula dikenali ramai apabila drama bersiri siaran RTM bertajuk Cikgu Limau Kasturi lakonan utama Harun Salim Bachik disiarkan sekitar tahun 1993. Daripada sebuah perkampungan kecil yang hanya dihubungkan melalui jalan keretapi dan sungai, kini penduduk Kg Limau Kasturi sudah pun menerima kemudahan jalan raya, elektrik, air dan kominikasi.



Kegiatan ekonomi penduduk lebih kepada pekerjaan sendiri. Pendapatan utama adalah hasil daripada menoreh getah. Selain itu ada juga yang berniaga kecil-kecilan seperti kedai kopi dan gerai-gerai kuih.

Dikhabarkan terdapat seorang pengusaha cendawan jenis Tiram Kelabu terdapat disini di kawasan Kg Sg Kembung Hilir. Namum pihak ACT Kelantan belum berkesempatan untuk melihat sendiri perusahaan yang dijalankan.

Pada lawatan yang akan datanng, kami akan mengenal pasti potensi-potensi yang ada di Kg Limau Kasturi dan sudah tentu akan menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat tempatan.

Model-model stesen keretapi Kg Limau Kasturi

Monday, October 24, 2011

Lawatan susulan ke Kg Jeram Tekoh, Gua Musang

Pada 22 Oktober 2011, Tim Nasional ACT Kelantan telah mengadakan lawatan semula ke Kg Jeram Tekoh. Empat wakil ACT iaitu En Asmazaidi, En Rusdino, En Amar dan En Saryono telah tiba di Jeram Tekoh  pada jam 1.45petang dan terus menuju ke kedai kopi Pok Dik yang terletak berhampiran dengan rumah Ketua Peneroka Tn Hj Ab Aziz.

Sambil menunggu Tn Hj Ab Aziz, perbualan dengan Pok Dik berkisar tentang kehidupan masyarakat di Kg Jeram Tekoh itu sendiri. Keluasan kawasan Kg Jeram Tekoh ialah 2,062 Hektar. 80% adalah kawasan ladang getah, 8% ladang kelapa sawit, 8% kawasan perkampungan, 4% kawasan jalan yang menyambingkang Kg Limau Kasturi dan Sungai Asap serta tanah rezab TNB. (sumber: Pejabat Kesedar Jeram Tekoh).

Menurut Pok Dik, kebanyakan pekerja ladang kini adalah tenaga buruh dari Indonesia, Thailand, Myanmar dan Kemboja. Hanya segelintir sahaja pengusaha ladang yang terdiri daripada generasi kedua peneroka. Untuk tenaga buruh luar, kebanyakkan dari mereka mendapat 60% daripada hasil ladang.

Walaupun peneroka mengambil tenaga buruh luar untuk mengusahakan ladang, mereka melakukan aktiviti atau pekerjaan lain seperti berniaga, mengusahakan kebun buah-buahan dan penternakan.

Tn Hj Ab Aziz mendengar perancangan pihak 
ACT dengan penuh minat

Setibanya Tn Hj Ab Aziz dikedai Pok Dik, Kami memulakan bicara dengan menjelaskan tujuan dan objektif utama kedatangan pihak ACT untuk kali ini setelah hampir 2 tahun Program Kayuhan Desa berlalu.

Tn Hj Ab Aziz meluahkan rasa senang dengan pihak ACT kerana satu-satunya kelab atau NGO yang sering berhubung dengan beliau walaupun tiada aktiviti yang dijalankan. 

Untuk program yang akan datang pihak ACT mencadangkan aktiviti- aktiviti berikut:
  1. Kayuhan berskala kecil untuk menarik minat lebih ramai penduduk kampung berkayuh.
  2. Pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Fakulti Perubatan UKM
  3. Program motivasi untuk ibu bapa dan anak-anak
  4. Program anak angkat
  5. Riadah dan Sukan
  6. Program kebudayaan seperti dikir barat dan wayang kulit.
  7. Program keagamaan.
Tn Hj Aziz amat berminat dan bersetuju dengan semua cadangan yang diutarakan, namum pihak ACT perlu menghadkan program agar dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Perbincangan disambung di rumah Tn Hj Ab Aziz dan kali ini menjadi lebih serius apabila beliau membangkitkan isu-isu tempatan yang berkait rapat dengan peranan Kesedar, wakil rakyat dan kerajaan negeri.

Dibincangkan juga tentang usahawan IKS yang kurang kerana tiada pendedahan yang cukup dan juga penanaman gaharu yang boleh membantu meningkatkan ekonomi peneroka dalam jangka masa yang panjang. Tn Hj Ab Aziz berminat untuk sama-sama membantu ACT untuk memberi pendedahan tentang peluang-peluang kegiatan ekonomi selain dari hasil ladang yang sedia ada.

Statistik penduduk di Jeram Tekoh sehingga Disember 2010 ialah seramai 2,242 orang. Pecahan pengusaha adalah seperti berikut:
  • Kedai runcit - 20 buah
  • Kedai kopi - 6 buah
  • Kedai jahit - 6 buah
  • Makanan ringan - 1 (kerepek)
  • Bengkel kereta - sebuah
  • Bengkel motosikal - 2 buah
  • Gerai burger - 3 buah
(sumber: Pejabat Kesedar Jeram Tekoh).













Kayuhan Daerah - Gua Musang

Kayuhan 1Malaysia - Daerah-daerah di Negeri Kelantan 2010 telah berlangsung di daerah Gua Musang pada 27 Februari 2010. Dengan moto kayuhan; Bersatu, Insan Sejahtera, ACT Kelantan membawa misi untuk mengenali desa di daerah Gua Musang dengan lebih dekat lagi.

Jeram Tekoh; sebuah kampung dibawah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar telah dipilih untuk menjadi destinasi kayuhan kali ini. Jeram Tekoh berada pada jarak 25km dari bandar Gua Musang.




ACT Kelantan telah menjemput ACT negeri-negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menjayakan  kayuhan ini. Negeri-negari yang menghantar wakil ialah dari Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor dan Melaka.
Peserta kayuhan mula berkumpul di Dataran Sek Men Tengku Indera Pertra 1 pada jam 7.30pagi.
Acara dimulakan dengan bacaan Bismilah. seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Doa Al-Asma Al-Husna. Ucapan alu-aluan dan pelepasan telah disempurnakan oleh En Mara Kasmidi, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang.





Perjalanan ke Jeram Tekoh bermula pada jam 8.00am diiringi oleh 2 anggota polis bermotosikal dan sebual kereta peronda. Pihak ACT Kelantan juga membantu pihak polis dengan menugaskan 2 orang marshal pengiring.



Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh pada jam 9.30am, Ketua Peneroka Tuan Haji Abdul Aziz memberikan ucapan alu-aluan dengan menyambut baik kedatangan peserta kayuhan yang julung kali diadakan di Jeram Tekoh.
Beliau juga mencadangkan supaya program susulan dapat diadakan dan bersedia untuk menyediakan penginapan dengan mengambil ahli-ahli ACT sebagai anak angkat.


Ketua Ekspidisi, En Muzakir mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Jeram Tekoh kerana sudi bersama-sama dalam program ACT. Beliau juga berharap agar silaturahim yang terjalin dapat dikekalkan dan diteruuskan dengan program-program yang memberi manfaat kepada peserta kayuhan dan masyarakat tempatan.






Beramah mesra bersama masyarakat














Aktiviti menanam pokok


Tuan Haji Ab Aziz menyempurnakan aktiviti menaman pokok di perkarangan sekolah sebagai tanda simbolik pihak ACT yang menyokong penuh penjagaan alam sekitar. Tiga pokok buah yang ditanam ialah dua pokok mangga dan satu pokok rambutan.







Setelah aktiviti di Jeram Tekoh selesai dengan jayanya, kayuhan diteruskan pada jam 10.45am menuju ke Dataran Kesedar di Bandar Baru Gua Musang.

Tiba di Dataran Kesedar pada jam 12.30pm, peserta kayuhan menyanyikan lagu negaraku dengan kuat dan penuh semangat. Pengurus Pentadbiran Kesedar, En Wan Rahimi telah pun tiba untuk menyambut peserta-peserta kayuhan.

Aturcara program diteruskan dengan ucapan dari En Wan Rahimi. 




En Wan Rahimi sebagai wakil Kesedar menerima cenderahati yang disediakan oleh pihak ACT sebagai tanda sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak ACT.









Kayuhan disempurnakan dengan sesi bergambar dikalangan semua peserta dan panitia