Tuesday, December 13, 2011

Hendak Seribu Daya

Cadangan Tim Nasional ACT Kelantan (Timnas) untuk mengadakan program Kayuhan Cinta Desa (KCD) di Jeram Tekoh, Gua Musang telah menarik perhatian pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Pada asalnya, kami bercadang untuk menangguhkan program tersebut, kerana tarikh yang dicadangkan; 9-11 Disember 2011 tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan ibupejabat ACT. Namun, cadangan penangguhan kami ditolak kerana pihak KESEDAR telah meluluskan peruntukan untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

Kesungguhan Pengurus Operasi KESEDAR Jeram Tekoh, Che Daud bin Che Nik untuk menjayakan program ini dapat kami rasai apabila beliau sanggup meluangkan sedikit masa dan mengatur pertemuan dengan Timnas di Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada 28hb Nov kira-kira jam 5 petang.

Hasil daripada pertemuan tersebut, Timnas telah bersetuju untuk meneruskan program KCD dengan memendekkan tempoh program kepada 9-10hb Disember sahaja. Jadual tentatif program juga diatur mengikut kesesuaian kerana tempoh masa telah disingkatkan.

Pengisian program yang dipersetujui ialah;
  • Penglibatan 40 peserta dan panitia dari Timnas
  • Penglibatan 20 keluarga angkat dari pihak peneroka
  • Kayuhan berbasikal di sekitar kawasan Jeram Tekoh
  • Motivasi untuk murid tahun 4-6 dari Timnas
  • Forum Hal Ehwal Islam dari pihak KESEDAR
  • Gotong-royong Perdana dari pihak KESEDAR
  • Majlis bersama Pengurus Besar dari pihak KESEDAR
Mensyuarat susulan telah dijadualkan pada 1 Disember di Pejabat Operasi KESEDAR Jeram Tekoh.

Komitmen yang ditunjukkan oleh pihak KESEDAR dalam menjayakan program-program kemasyarakatn telah membuka ruang untuk Timnas untuk bersama-sama KESEDAR lagi pada tahun 2012. Dalam mensyuarat mingguan Timas pada 30 November, pihak kami bersetuju untuk memberi fokus kepada program-program kemasyarakatan dan pembangunan modal insan bersama KESEDAR. Selain itu, pihak Timnas juga akan mengenal pasti, potensi-potensi kegiatan pertanian, penternakan dan industri kecil yang boleh membantu memperkasakan ekonomi penduduk di luar bandar.

Timnas juga telah memilih tarikh yang bersesuian untuk diadakan program susulan bersama KESEDAR pada tahun 2012 iaitu:

  1. 23-25 Mac di Daerah Jeli
  2. 25-27 May di Daerah Kuala Krai
  3. 14-16 Sept di Daerah Tanah Merah, dan
  4. 30Nov-2Dis di Daerah Gua Musang.
Kami berharap, tarikh-tarikh yang dicadangkan, akan mendapat perssetujuan dari pihak KESEDAR dan juga ibupejabat pengurusan ACT. InsyaAllah!





No comments:

Post a Comment