Program Kayuhan Cinta Desa, Kg Jeram Tekoh, Gua Musang telah berlangsung pada 9 dan 10hb Dis 2011 (Jumaat & Sabtu) dan dianjurkan bersama oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Jeram Tekoh dan ACT Kelantan. Program ini melibatkan 31 orang peserta & panitia daripada ACT Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor.
Semua peserta & panitia bertolak menaiki sebuah bas dari Shah Alam pada jam 7.45pagi bersama sebuah lori yang membawa muatan 40 buah basikal. Rombangan ini tiba di pekan Gua Musang pada jam 12.45tghari. Selesai solat Jumat di Masjid Tengku Muhd Faiz Petra, perjalanan diteruskan ke Masjid Kg Jeram Tekoh dan tiba pada jam 2.30pm
Kedatangan peserta disambut oleh bakal2 keluarga angkat peserta di dewan makan Masjid Jeram Tekoh dan jamuan ringan turut disediakan.
Semua peserta disajikan dengan makanan & minum petang setibanya di Masjid Jeram Tekoh |
Acara program bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Ab Aziz Mohd, Ketua Peneroka RKT KESEDAR Jeram Tekoh.20 keluarga angkat telah dipilih oleh JKKR utk menempatkan 31 peserta dan panitia yg hadir. Selepas semua peserta berjumpa wakil keluarga angkat masing-masing, mereka pulang ke rumah keluarga angkat untuk berkenalan & beramah mesra sehingga waktu Asar
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Peneroka Jeram Tekoh merangkap; bapa angkat pengerusi majlis |
Pada jam 5 ptg, semua peserta dan keluarga angkat berkumpul di desa gemilang untuk memulakan kayuhan.
KCD kali ini mendapat penyertaan dari kanak-kanak berumur 14 bulan |
Pihak ACT telah menyediakan 20 basikal utk keluarga angkat dan penduduk kampung untuk sama-sama berkayuh. Oleh kerana Sambutan dari keluarga angkat untuk turut berkayuh amat memberangsangkan, pihak ACT terpaksa meminjamkan beberapa basikal dari peserta supaya mereka menyertai kayuhan pada petang tersebut.
Kayuhan yg diatur laluannya oleh pasukan RELA, meliputi semua kawasan desa di Kg Jeram tekoh (9 desa) dan jarak keseluruhan ialah 8.79km. Walaupun jaraknya tidak jauh, namun secara keseluruhan, laluan kayuhan semuanya adalah kawasan berbukit.
Kayuhan selesai pada jam 6.40ptg di dataran GDW (gerakan desa wawasan) kg Jeram Tekoh. Paling istimewa bagi kayuhan ini ialah, kesungguhan keluarga angkat utk bersama-sama anak angkat masing-masing berkayuh walaupun kebanyakkan daripada mereka sudahpun berumur dalam lingkungan 60an. Namun demikian ada juga dikalangan mereka tidak mengikut laluan yg telah ditentukan oleh pihak RELA kerana mereka sudah tahu jalan-jalan pintas di kg mereka.
Secara keseluruhan, Kayuhan Cinta Desa pada petang tersebut adalah berjaya, kerana penglibatan penduduk kampung dan keluarga angkat, serta laluan kayuhan meliputi semua kawasan desa keluarga angkat peserta.
Pada malamnya, berlaku Forum Hal Ehwal Islam di masjid kg Jeram Tekoh. Acara ini dianjurkan sepenuhnya oleh pihak Kesedar.3 org ahli panel yang telah dijemput ialah;
1. Ust Ab Aziz Yahya dari Bahagian Agama Radio Malaysia Kelantan.
2. Ust Mokhtar Yaakob dari Unit Pembangunan Modal Insan FELDA
3. Ust Wan Omar b Isa Unit Agama KESEDAR
Tajuk forum ialah Masihkah Kau Ingat. Forum tersebut banyak memberi kesedaran kpd peneroka-peneroka supaya ingat akan kesusahan yang dilalui ketika mula-mula meneroka kawasan di Jeram Tekoh. Ketika itu semua peneroka hidup dalam kesusahan, namun ikatan persaudaraan dikalangan peneroka amat akrab. Kini setelah hampir 30thn, nilai-nilai persaudaraan itu hilang hanya kerana berbeza pendapat. Keadaan ini menyebabkan perpecahan dan merugikan masyarakat itu sendiri.
Walaupun bahasa yg digunakan dlm forum tersebut ialah bahasa kelantan pekat, namun isi utama forum tersebut dapat difahami oleh semua peserta. (sebabnya kami dapati apabila orang kampung ketawa, peserta pun ketawa juga :D). Forum selesai pada jam 10.30mlm.
Ahli-ahli Panel Forum Hal Ehwal Islam |
Pada pagi Sabtu,10hb Disember,semua peserta dan masyarakat berkumpul di dataran GDW pada jam 8.00pagi untuk program Gotong-royong Perdana yang meliputi,
1. Sembelihan seekor lembu.
2. Persiapan makan tengahari untuk 500 org.
3. Persiapan majlis penutup
4. Pembersihan kawasan jalan/ tebang pokok
Persiapan hidangan yang telah disediakan oleh kaum ibu |
Pada masa yg sama, berlaku kejohanan futsal antara Belia-belia di RKT Kesedar di dalam Jajahan Gua Musang. Kawasan-kawasan yg terlibat ialah; Kg Sg Asap, Kg Renok Baru, Kg Paloh Satu, Kg Paloh Dua, Kg Paloh Tiga, Kg Lebir, Kg Chalil, Kg Meranto dan Kg Jeram Tekoh
Kejohanan kali ini dimenangi oleh Kg Paloh Dua A yg mengalahkan pasukan Meranto di perlawanan akhir melalui sepakan penalti.
Gambar-gambar ketika gotong-royong perdana berlangsung |
Majlis perasmian penutup bermula pada jam 2ptg dimana ketibaan Pengurus Besar KESEDAR Tn Hj Mohd Arshad b Ismail diiringi oleh pasukan RELA, peserta berbasikal dan konvoi motosikal. Acara dimulakan dengan makan tengahari dan diringi kumpulan musik orang asli yang dikenali sebagai LEHOJ dari Kg Kuala Betis, Gua Musang.
Upacara perasmian penutup program, dimulakan dgn bacaan doa oleh Imam Masjid Kg Jeram Tekoh iaitu Tn Hj Mokhtar b Omar. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Peneroka, Tn Hj Ab Aziz Mohd. Kemudian, diteruskan dengan ucapan Pengarah Program Kayuhan Cinta Desa, En Ab Wahab dan yang terakhir, ucapan Pengurus Besar KESEDAR Tn Hj Mohd Arshad yg seterusnya merasmikan upacara penutupan majlis Pemimpin KESEDAR bersama peneroka dan Kayuhan Cinta Desa Jeram Tekoh 2011.
Program anjuran bersama JKKR, Kesedar & ACT ini amat bermakna bagi penduduk Jeram Tekoh kerana ini adalah kali pertama Pengurus Besar KESEDAR hadir sejak memegang jawatan tersebut pada tahun 2009. Pengurus Besar juga mengumumkan akan meminta dan merayu kepada Kementerian Luar Bandar & Wilayah supaya melupuskan hutang 2,228 peneroka KESEDAR yg bernilai 114juta (berita ini dilaporkan di TV1 dan Bernama).
Pegawai2 kanan KESEDAR juga amat berpuas hati dengan program anjuran bersama ACT dan akan membantu ACT dalam menjayakan program kemasyarakatan di dalam kawasan wilayah KESEDAR pada masa akan datang. Antara pegawai2 kanan KESEDAR yg turut hadir dlm majlis tersebut ialah
Tn Hj Othman b Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian.
En Eshamudin b Basri, Timbalan pengurus bahagian pembangunan pertanian
En Kamal Badrul, Pegawai Masyarakat
Pn Nurhayati bt Mat Rusok, Pegawai Perhubungan Awam
Cik Rushwahanis bt Ramli, Pegawai pentadbiran, dan
Pengurus - pengurus operasi dari semua kawasan RKT KESEDAR Gua Musang.
Susulan dari prog ini, pihak KESEDAR telah merancang untuk bersama Timnas Kelantan utk mengadakan program susulan di kawasan Chalil dan Lebir (juga di dlm jajahan Gua Musang) pada tahun 2012.
Untuk makluman, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan atau KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Walaupun KESEDAR hanya meliputi 4 daerah (Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli), namun ia melibatkan 83% keluasan negeri Kelantan.
Oleh kerana bidang tugas KESEDAR selari dengan misi kita iaitu Memperkasakan Ekonomi dan Modal Insan Luarbandar, Kami dari Timnas akan terus kerjasama dengan KESEDAR utk aktiviti-aktiviti kami di Kelantan. Lawatan kerja ke Ibu Pejabat KESEDAR akan di buat pada 8 Februari 2012.
No comments:
Post a Comment