Jeram Tekoh; sebuah kampung dibawah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar telah dipilih untuk menjadi destinasi kayuhan kali ini. Jeram Tekoh berada pada jarak 25km dari bandar Gua Musang.
ACT Kelantan telah menjemput ACT negeri-negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menjayakan kayuhan ini. Negeri-negari yang menghantar wakil ialah dari Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor dan Melaka.
Peserta kayuhan mula berkumpul di Dataran Sek Men Tengku Indera Pertra 1 pada jam 7.30pagi.
Acara dimulakan dengan bacaan Bismilah. seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Doa Al-Asma Al-Husna. Ucapan alu-aluan dan pelepasan telah disempurnakan oleh En Mara Kasmidi, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang.
Perjalanan ke Jeram Tekoh bermula pada jam 8.00am diiringi oleh 2 anggota polis bermotosikal dan sebual kereta peronda. Pihak ACT Kelantan juga membantu pihak polis dengan menugaskan 2 orang marshal pengiring.
Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh pada jam 9.30am, Ketua Peneroka Tuan Haji Abdul Aziz memberikan ucapan alu-aluan dengan menyambut baik kedatangan peserta kayuhan yang julung kali diadakan di Jeram Tekoh.
Beliau juga mencadangkan supaya program susulan dapat diadakan dan bersedia untuk menyediakan penginapan dengan mengambil ahli-ahli ACT sebagai anak angkat.
Ketua Ekspidisi, En Muzakir mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Jeram Tekoh kerana sudi bersama-sama dalam program ACT. Beliau juga berharap agar silaturahim yang terjalin dapat dikekalkan dan diteruuskan dengan program-program yang memberi manfaat kepada peserta kayuhan dan masyarakat tempatan.
Beramah mesra bersama masyarakat
Aktiviti menanam pokok
Tuan Haji Ab Aziz menyempurnakan aktiviti menaman pokok di perkarangan sekolah sebagai tanda simbolik pihak ACT yang menyokong penuh penjagaan alam sekitar. Tiga pokok buah yang ditanam ialah dua pokok mangga dan satu pokok rambutan.
Setelah aktiviti di Jeram Tekoh selesai dengan jayanya, kayuhan diteruskan pada jam 10.45am menuju ke Dataran Kesedar di Bandar Baru Gua Musang.
Tiba di Dataran Kesedar pada jam 12.30pm, peserta kayuhan menyanyikan lagu negaraku dengan kuat dan penuh semangat. Pengurus Pentadbiran Kesedar, En Wan Rahimi telah pun tiba untuk menyambut peserta-peserta kayuhan.
Aturcara program diteruskan dengan ucapan dari En Wan Rahimi. |
Kayuhan disempurnakan dengan sesi bergambar dikalangan semua peserta dan panitia |
No comments:
Post a Comment