Pada 22 Oktober 2011, Tim Nasional ACT Kelantan telah mengadakan lawatan semula ke Kg Jeram Tekoh. Empat wakil ACT iaitu En Asmazaidi, En Rusdino, En Amar dan En Saryono telah tiba di Jeram Tekoh pada jam 1.45petang dan terus menuju ke kedai kopi Pok Dik yang terletak berhampiran dengan rumah Ketua Peneroka Tn Hj Ab Aziz.
Sambil menunggu Tn Hj Ab Aziz, perbualan dengan Pok Dik berkisar tentang kehidupan masyarakat di Kg Jeram Tekoh itu sendiri. Keluasan kawasan Kg Jeram Tekoh ialah 2,062 Hektar. 80% adalah kawasan ladang getah, 8% ladang kelapa sawit, 8% kawasan perkampungan, 4% kawasan jalan yang menyambingkang Kg Limau Kasturi dan Sungai Asap serta tanah rezab TNB. (sumber: Pejabat Kesedar Jeram Tekoh).
Menurut Pok Dik, kebanyakan pekerja ladang kini adalah tenaga buruh dari Indonesia, Thailand, Myanmar dan Kemboja. Hanya segelintir sahaja pengusaha ladang yang terdiri daripada generasi kedua peneroka. Untuk tenaga buruh luar, kebanyakkan dari mereka mendapat 60% daripada hasil ladang.
Walaupun peneroka mengambil tenaga buruh luar untuk mengusahakan ladang, mereka melakukan aktiviti atau pekerjaan lain seperti berniaga, mengusahakan kebun buah-buahan dan penternakan.
Tn Hj Ab Aziz mendengar perancangan pihak
ACT dengan penuh minat
|
Setibanya Tn Hj Ab Aziz dikedai Pok Dik, Kami memulakan bicara dengan menjelaskan tujuan dan objektif utama kedatangan pihak ACT untuk kali ini setelah hampir 2 tahun Program Kayuhan Desa berlalu.
Tn Hj Ab Aziz meluahkan rasa senang dengan pihak ACT kerana satu-satunya kelab atau NGO yang sering berhubung dengan beliau walaupun tiada aktiviti yang dijalankan.
Untuk program yang akan datang pihak ACT mencadangkan aktiviti- aktiviti berikut:
- Kayuhan berskala kecil untuk menarik minat lebih ramai penduduk kampung berkayuh.
- Pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Fakulti Perubatan UKM
- Program motivasi untuk ibu bapa dan anak-anak
- Program anak angkat
- Riadah dan Sukan
- Program kebudayaan seperti dikir barat dan wayang kulit.
- Program keagamaan.
Tn Hj Aziz amat berminat dan bersetuju dengan semua cadangan yang diutarakan, namum pihak ACT perlu menghadkan program agar dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Perbincangan disambung di rumah Tn Hj Ab Aziz dan kali ini menjadi lebih serius apabila beliau membangkitkan isu-isu tempatan yang berkait rapat dengan peranan Kesedar, wakil rakyat dan kerajaan negeri.
Dibincangkan juga tentang usahawan IKS yang kurang kerana tiada pendedahan yang cukup dan juga penanaman gaharu yang boleh membantu meningkatkan ekonomi peneroka dalam jangka masa yang panjang. Tn Hj Ab Aziz berminat untuk sama-sama membantu ACT untuk memberi pendedahan tentang peluang-peluang kegiatan ekonomi selain dari hasil ladang yang sedia ada.
Statistik penduduk di Jeram Tekoh sehingga Disember 2010 ialah seramai 2,242 orang. Pecahan pengusaha adalah seperti berikut:
- Kedai runcit - 20 buah
- Kedai kopi - 6 buah
- Kedai jahit - 6 buah
- Makanan ringan - 1 (kerepek)
- Bengkel kereta - sebuah
- Bengkel motosikal - 2 buah
- Gerai burger - 3 buah
(sumber: Pejabat Kesedar Jeram Tekoh).
http://binaempayarbersama.blogspot.com/
ReplyDelete