Sunday, October 30, 2011

Lawatan ke ladang syarikat Kayu Gaharu Malaysia

Tim Nasional ACT Kelantan memulakan perjalanan pada 23hb Oktober 2011, dari Paloh Satu ke Dabong, Kuala Krai yang jaraknya kira-kira 50km untuk melawat Projek Ladang Gaharu (Depu) dari Syarikat Kayu Gaharu Malaysia Sdn Bhd. Kami singgah di pejabat ladang usahasama UPSB dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk melihat sendiri kajian teknik tanaman pokok Gaharu berkembar yang buat oleh En Jusoh, petugas di pejabat berkenaan. Walaupun teknik berkenaan tidak dapat mewujudkan tindak balas yang boleh membentuk Gaharu secara semulajadi, namun pokok berkenaan masih lagi dijaga oleh En Jusoh.

5 batang pokok di jalin bersama
Menurut En Jusoh atau lebih mesra dipanggil Abe Soh, beliau sudah beberapa tahun membuat kajian sendiri tentang pokok Gaharu untuk mewujudkan tindakbalas (penyakit) secara semulajadi, namun masih belum berhasil.

Walaubagaimanapun, Abe Soh juga mempunyai vaksin/ bakteria penggalak resin tersendiri yang diyakini dapat menghasilkan Gaharu dengan kesannya boleh dilihat dalam tempoh 6 bulan selepas proses penginokulasian. Beliau bersedia untuk memberinya percuma jika kita mahu menggunakkannya untuk kajian, tetapi jika mahukannya untuk perniagaan, beliau boleh bantu untuk dapatkannya daripada negara jiran; Thailand.

Beberapa teknik yang telah dilakukan oleh Abe Soh untuk menghasilkan Gaharu secara semulajadi














Abe Soh (kedua dari kanan) berkongsi pengalaman bersama Tim ACT
Penanaman pokok Gaharu didalam pasu juga merupakan salah satu teknik yang tidak membuahkan hasil
Kami meneruskan perjalanan ke Dabong untuk bertemu dengan pengurus ladang syarikat Kayu Gaharu Malaysia Sdn Bhd iaitu En Noh. Perjalanan kami agak perlahan kerana tidak mahu terlepas simpang ke pintu masuk ladang.
Setibanya di simpang ke ladang Gaharu, Abe Noh menunggu kami dengan sebuah Toyata Hillux untuk membawa kami masuk ke kawasan ladang.

Bentuk muka bumi kawasan tersebut yang berbukit-bukit membuatkan, hanya kenderaan pacuan empat roda yang sesuai untuk digunakan.












Lawatan kami bermula dengan melihat kawasan pokok Gaharu yang berumur setahun. Abe Noh menunjukkan kepada kami dua kawasan pokok Gaharu berumur setahun dan kami dapati saiz batang pokok berkenaan amat berbeza. Ini kerana pertumbuhan pokok-pokok Gaharu akan terganggu jika kawasan tanaman tidak dijaga dengan baik dan baja yang tidak mencukupi.

Kawasan pokok Gaharu berumur setahun

Seterusnya kami dibawa ke kawasan pokok yang berumur 3 tahun. Menurut Abe Noh, walaupun sudah berusia 3 tahun, pokok-pokok Gaharu masih memerlukan penjagaan yang rapi kerana jika hujan lebat dan angin kencang, kebarangkalian untuk pokok tumbang masih tinggi. Terdapat juga pokok-pokok yang sudah bersedia untuk diinokulasi berdasarkan saiz batangnya yang sudah matang.

Gambar kiri: Pokok Gaharu yang pernah tumbang kini mengeluarkan daun-daun baru. 
Gambar kanan: Tim ACT tercari-cari pokok halia yang baru ditanam di kawasan pokok Gaharu yang berusia 3 tahun.

Kawasan ladang yang belum dibersihkan; terdapat banyak pokok Gaharu yang sudah ditanam dikawasan tersebut
Selesai sesi lawatan di ladang, Abe Noh berkongsi pengalaman beliau dalam pengurusan ladang. Beliau sudah hampir 30 tahun menceburkan diri dalam pengurusan ladang; iaitu sejak menjadi peneroka Kesedar di Paloh 3. Walaupun mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan ladang, beliau lebih mahir di ladang Kelapa Sawit dan Getah. Bekerja di ladang pokok Gaharu memberi satu pengalaman baru kepada beliau dan masih dalam proses untuk memahami karektor dan karenah pokok-pokok Gaharu. Beliau juga bersedia untuk membantu Tim ACT jika mahu menguruskan ladang Gaharu sendiri kelak.
Tim ACT beredar meninggalkan ladang Kayu Gaharu Malaysia pada jam 12 tengahari. 

No comments:

Post a Comment