Sunday, October 30, 2011

Lawatan ke ladang syarikat Kayu Gaharu Malaysia

Tim Nasional ACT Kelantan memulakan perjalanan pada 23hb Oktober 2011, dari Paloh Satu ke Dabong, Kuala Krai yang jaraknya kira-kira 50km untuk melawat Projek Ladang Gaharu (Depu) dari Syarikat Kayu Gaharu Malaysia Sdn Bhd. Kami singgah di pejabat ladang usahasama UPSB dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk melihat sendiri kajian teknik tanaman pokok Gaharu berkembar yang buat oleh En Jusoh, petugas di pejabat berkenaan. Walaupun teknik berkenaan tidak dapat mewujudkan tindak balas yang boleh membentuk Gaharu secara semulajadi, namun pokok berkenaan masih lagi dijaga oleh En Jusoh.

5 batang pokok di jalin bersama
Menurut En Jusoh atau lebih mesra dipanggil Abe Soh, beliau sudah beberapa tahun membuat kajian sendiri tentang pokok Gaharu untuk mewujudkan tindakbalas (penyakit) secara semulajadi, namun masih belum berhasil.

Walaubagaimanapun, Abe Soh juga mempunyai vaksin/ bakteria penggalak resin tersendiri yang diyakini dapat menghasilkan Gaharu dengan kesannya boleh dilihat dalam tempoh 6 bulan selepas proses penginokulasian. Beliau bersedia untuk memberinya percuma jika kita mahu menggunakkannya untuk kajian, tetapi jika mahukannya untuk perniagaan, beliau boleh bantu untuk dapatkannya daripada negara jiran; Thailand.

Beberapa teknik yang telah dilakukan oleh Abe Soh untuk menghasilkan Gaharu secara semulajadi














Abe Soh (kedua dari kanan) berkongsi pengalaman bersama Tim ACT
Penanaman pokok Gaharu didalam pasu juga merupakan salah satu teknik yang tidak membuahkan hasil
Kami meneruskan perjalanan ke Dabong untuk bertemu dengan pengurus ladang syarikat Kayu Gaharu Malaysia Sdn Bhd iaitu En Noh. Perjalanan kami agak perlahan kerana tidak mahu terlepas simpang ke pintu masuk ladang.
Setibanya di simpang ke ladang Gaharu, Abe Noh menunggu kami dengan sebuah Toyata Hillux untuk membawa kami masuk ke kawasan ladang.

Bentuk muka bumi kawasan tersebut yang berbukit-bukit membuatkan, hanya kenderaan pacuan empat roda yang sesuai untuk digunakan.












Lawatan kami bermula dengan melihat kawasan pokok Gaharu yang berumur setahun. Abe Noh menunjukkan kepada kami dua kawasan pokok Gaharu berumur setahun dan kami dapati saiz batang pokok berkenaan amat berbeza. Ini kerana pertumbuhan pokok-pokok Gaharu akan terganggu jika kawasan tanaman tidak dijaga dengan baik dan baja yang tidak mencukupi.

Kawasan pokok Gaharu berumur setahun

Seterusnya kami dibawa ke kawasan pokok yang berumur 3 tahun. Menurut Abe Noh, walaupun sudah berusia 3 tahun, pokok-pokok Gaharu masih memerlukan penjagaan yang rapi kerana jika hujan lebat dan angin kencang, kebarangkalian untuk pokok tumbang masih tinggi. Terdapat juga pokok-pokok yang sudah bersedia untuk diinokulasi berdasarkan saiz batangnya yang sudah matang.

Gambar kiri: Pokok Gaharu yang pernah tumbang kini mengeluarkan daun-daun baru. 
Gambar kanan: Tim ACT tercari-cari pokok halia yang baru ditanam di kawasan pokok Gaharu yang berusia 3 tahun.

Kawasan ladang yang belum dibersihkan; terdapat banyak pokok Gaharu yang sudah ditanam dikawasan tersebut
Selesai sesi lawatan di ladang, Abe Noh berkongsi pengalaman beliau dalam pengurusan ladang. Beliau sudah hampir 30 tahun menceburkan diri dalam pengurusan ladang; iaitu sejak menjadi peneroka Kesedar di Paloh 3. Walaupun mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan ladang, beliau lebih mahir di ladang Kelapa Sawit dan Getah. Bekerja di ladang pokok Gaharu memberi satu pengalaman baru kepada beliau dan masih dalam proses untuk memahami karektor dan karenah pokok-pokok Gaharu. Beliau juga bersedia untuk membantu Tim ACT jika mahu menguruskan ladang Gaharu sendiri kelak.
Tim ACT beredar meninggalkan ladang Kayu Gaharu Malaysia pada jam 12 tengahari. 

Tuesday, October 25, 2011

Kampung Limau Kasturi

Kampung Limau Kasturi terletak kira-kira 15km dari Kampung Jeram Tekoh dan 40km dari Bandar Gua Musang. Dianggarkan mempunyai penduduk seramai 2,000 orang yang majoritinya kaum Melayu dan hanya terdapat dua buah keluarga kaum cina.


Kampung Limau Kasturi mula dikenali ramai apabila drama bersiri siaran RTM bertajuk Cikgu Limau Kasturi lakonan utama Harun Salim Bachik disiarkan sekitar tahun 1993. Daripada sebuah perkampungan kecil yang hanya dihubungkan melalui jalan keretapi dan sungai, kini penduduk Kg Limau Kasturi sudah pun menerima kemudahan jalan raya, elektrik, air dan kominikasi.



Kegiatan ekonomi penduduk lebih kepada pekerjaan sendiri. Pendapatan utama adalah hasil daripada menoreh getah. Selain itu ada juga yang berniaga kecil-kecilan seperti kedai kopi dan gerai-gerai kuih.

Dikhabarkan terdapat seorang pengusaha cendawan jenis Tiram Kelabu terdapat disini di kawasan Kg Sg Kembung Hilir. Namum pihak ACT Kelantan belum berkesempatan untuk melihat sendiri perusahaan yang dijalankan.

Pada lawatan yang akan datanng, kami akan mengenal pasti potensi-potensi yang ada di Kg Limau Kasturi dan sudah tentu akan menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat tempatan.

Model-model stesen keretapi Kg Limau Kasturi

Monday, October 24, 2011

Lawatan susulan ke Kg Jeram Tekoh, Gua Musang

Pada 22 Oktober 2011, Tim Nasional ACT Kelantan telah mengadakan lawatan semula ke Kg Jeram Tekoh. Empat wakil ACT iaitu En Asmazaidi, En Rusdino, En Amar dan En Saryono telah tiba di Jeram Tekoh  pada jam 1.45petang dan terus menuju ke kedai kopi Pok Dik yang terletak berhampiran dengan rumah Ketua Peneroka Tn Hj Ab Aziz.

Sambil menunggu Tn Hj Ab Aziz, perbualan dengan Pok Dik berkisar tentang kehidupan masyarakat di Kg Jeram Tekoh itu sendiri. Keluasan kawasan Kg Jeram Tekoh ialah 2,062 Hektar. 80% adalah kawasan ladang getah, 8% ladang kelapa sawit, 8% kawasan perkampungan, 4% kawasan jalan yang menyambingkang Kg Limau Kasturi dan Sungai Asap serta tanah rezab TNB. (sumber: Pejabat Kesedar Jeram Tekoh).

Menurut Pok Dik, kebanyakan pekerja ladang kini adalah tenaga buruh dari Indonesia, Thailand, Myanmar dan Kemboja. Hanya segelintir sahaja pengusaha ladang yang terdiri daripada generasi kedua peneroka. Untuk tenaga buruh luar, kebanyakkan dari mereka mendapat 60% daripada hasil ladang.

Walaupun peneroka mengambil tenaga buruh luar untuk mengusahakan ladang, mereka melakukan aktiviti atau pekerjaan lain seperti berniaga, mengusahakan kebun buah-buahan dan penternakan.

Tn Hj Ab Aziz mendengar perancangan pihak 
ACT dengan penuh minat

Setibanya Tn Hj Ab Aziz dikedai Pok Dik, Kami memulakan bicara dengan menjelaskan tujuan dan objektif utama kedatangan pihak ACT untuk kali ini setelah hampir 2 tahun Program Kayuhan Desa berlalu.

Tn Hj Ab Aziz meluahkan rasa senang dengan pihak ACT kerana satu-satunya kelab atau NGO yang sering berhubung dengan beliau walaupun tiada aktiviti yang dijalankan. 

Untuk program yang akan datang pihak ACT mencadangkan aktiviti- aktiviti berikut:
  1. Kayuhan berskala kecil untuk menarik minat lebih ramai penduduk kampung berkayuh.
  2. Pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Fakulti Perubatan UKM
  3. Program motivasi untuk ibu bapa dan anak-anak
  4. Program anak angkat
  5. Riadah dan Sukan
  6. Program kebudayaan seperti dikir barat dan wayang kulit.
  7. Program keagamaan.
Tn Hj Aziz amat berminat dan bersetuju dengan semua cadangan yang diutarakan, namum pihak ACT perlu menghadkan program agar dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Perbincangan disambung di rumah Tn Hj Ab Aziz dan kali ini menjadi lebih serius apabila beliau membangkitkan isu-isu tempatan yang berkait rapat dengan peranan Kesedar, wakil rakyat dan kerajaan negeri.

Dibincangkan juga tentang usahawan IKS yang kurang kerana tiada pendedahan yang cukup dan juga penanaman gaharu yang boleh membantu meningkatkan ekonomi peneroka dalam jangka masa yang panjang. Tn Hj Ab Aziz berminat untuk sama-sama membantu ACT untuk memberi pendedahan tentang peluang-peluang kegiatan ekonomi selain dari hasil ladang yang sedia ada.

Statistik penduduk di Jeram Tekoh sehingga Disember 2010 ialah seramai 2,242 orang. Pecahan pengusaha adalah seperti berikut:
  • Kedai runcit - 20 buah
  • Kedai kopi - 6 buah
  • Kedai jahit - 6 buah
  • Makanan ringan - 1 (kerepek)
  • Bengkel kereta - sebuah
  • Bengkel motosikal - 2 buah
  • Gerai burger - 3 buah
(sumber: Pejabat Kesedar Jeram Tekoh).













Kayuhan Daerah - Gua Musang

Kayuhan 1Malaysia - Daerah-daerah di Negeri Kelantan 2010 telah berlangsung di daerah Gua Musang pada 27 Februari 2010. Dengan moto kayuhan; Bersatu, Insan Sejahtera, ACT Kelantan membawa misi untuk mengenali desa di daerah Gua Musang dengan lebih dekat lagi.

Jeram Tekoh; sebuah kampung dibawah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar telah dipilih untuk menjadi destinasi kayuhan kali ini. Jeram Tekoh berada pada jarak 25km dari bandar Gua Musang.




ACT Kelantan telah menjemput ACT negeri-negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menjayakan  kayuhan ini. Negeri-negari yang menghantar wakil ialah dari Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor dan Melaka.
Peserta kayuhan mula berkumpul di Dataran Sek Men Tengku Indera Pertra 1 pada jam 7.30pagi.
Acara dimulakan dengan bacaan Bismilah. seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Doa Al-Asma Al-Husna. Ucapan alu-aluan dan pelepasan telah disempurnakan oleh En Mara Kasmidi, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang.





Perjalanan ke Jeram Tekoh bermula pada jam 8.00am diiringi oleh 2 anggota polis bermotosikal dan sebual kereta peronda. Pihak ACT Kelantan juga membantu pihak polis dengan menugaskan 2 orang marshal pengiring.



Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh pada jam 9.30am, Ketua Peneroka Tuan Haji Abdul Aziz memberikan ucapan alu-aluan dengan menyambut baik kedatangan peserta kayuhan yang julung kali diadakan di Jeram Tekoh.
Beliau juga mencadangkan supaya program susulan dapat diadakan dan bersedia untuk menyediakan penginapan dengan mengambil ahli-ahli ACT sebagai anak angkat.


Ketua Ekspidisi, En Muzakir mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Jeram Tekoh kerana sudi bersama-sama dalam program ACT. Beliau juga berharap agar silaturahim yang terjalin dapat dikekalkan dan diteruuskan dengan program-program yang memberi manfaat kepada peserta kayuhan dan masyarakat tempatan.






Beramah mesra bersama masyarakat














Aktiviti menanam pokok


Tuan Haji Ab Aziz menyempurnakan aktiviti menaman pokok di perkarangan sekolah sebagai tanda simbolik pihak ACT yang menyokong penuh penjagaan alam sekitar. Tiga pokok buah yang ditanam ialah dua pokok mangga dan satu pokok rambutan.







Setelah aktiviti di Jeram Tekoh selesai dengan jayanya, kayuhan diteruskan pada jam 10.45am menuju ke Dataran Kesedar di Bandar Baru Gua Musang.

Tiba di Dataran Kesedar pada jam 12.30pm, peserta kayuhan menyanyikan lagu negaraku dengan kuat dan penuh semangat. Pengurus Pentadbiran Kesedar, En Wan Rahimi telah pun tiba untuk menyambut peserta-peserta kayuhan.

Aturcara program diteruskan dengan ucapan dari En Wan Rahimi. 




En Wan Rahimi sebagai wakil Kesedar menerima cenderahati yang disediakan oleh pihak ACT sebagai tanda sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak ACT.









Kayuhan disempurnakan dengan sesi bergambar dikalangan semua peserta dan panitia

Sunday, October 23, 2011

About The Club, Missions, Vision and Motto


The Club
Established in June 2008, Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) is a bicycle-trekking club made of more than 200 members nationwide. The club aims to impact its members and the community more than just promoting cycling as a sport, instead ACT sees cycling as a great platform to nurture good social values, creating awareness on importance of flora and fauna, and more importantly the club believes that cycling is a great tool in inspiring it's members to play their part as responsible citizens towards building a disciplined and healthier generation physically and psychologically- rhyming the country's aspiration in nation building - The 1Malaysia aspiration.

ACT Kelantan focuses on cross-state expeditions, trekking various districts and villages in Kelantan. As far it has trailed most of districts in Kelantan through 
Tour Asean 2008 - through Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat and Pasir Mas
Kayuhan 1Malaysia - Daerah-daerah di negeri Kelatan 2010 - Gua Musang
Kayuhan 1Malaysia 2010 - through Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah and Jeli

The club has built new friendships and social networking out of these programs, especially with the rural-area community. Its members were benefited by the vast opportunity to explore, experience, to share, and appreciate cultural similarity as well as differences amongst the uniquely multi-cultured Malaysian community.

The Mission
1. To promote healthy living that could helps restraining social ills from severing the society and nation.

2. To promote bicycle as a strategic mode of transportation for explorative expeditions to the rural districts to study its economic resources and developments, and also to appreciate the nature’s beauty.

3. To encourage the culture of ‘earth-greening’ and awareness towards ‘global warming’ by collaboratively planting selected trees in the visited districts.

4. To foster friendship and mutual respect amongst the society for the cultures of tolerant and peace to develop.

5.To develop strong and courageous spirit of togetherness to encounter local and global challenges.


The Vision

Making bicycle-trekking as a constructive endeavor to develop a healthy and dynamic society contributing to the well-being and love for the king and the country.


The Motto
"ACT together as ONE"



The Official Site
http://www.act.org.my