Sambutan Hari Peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang melibatkan sembilan
RKT di daerah Gua Musang merupakan penghubung silaturrahim antara peneroka-peneroka.
Setiap tahun sambutan Hari Peneroka telah ditetapkan pada 7 Julai.
Laizimnya pihak Kesedar memperingati Hari Peneroka dengan
pengisian pencarian tokoh melalui pemilihan dan penganugerahan tokoh seperti
Anugerahan Tokoh Peneroka Berjaya, Tokoh Ibu Mithali, Tokoh Belia, Anugerah
Rumah Contoh, Masjid Contoh dan lain-lain akan menyemarakkan lagi semangat
untuk mencapai tahap kecermelangan, menaikkan imej individu sebuah RKT serta
Kesedar sendiri. Kesemua ini merupakan pengiktirafan, ukuran nilai dan martabat
Kesedar. Begitu juga dengan pemilihan pertandingan Anugerah Desa Cemerlang
(ADC) yang dianjurkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Hari peneroka peringkat RKT Kesedar Jeram Tekoh telah
diadakan pada 31hb Oktober 2011 di perkarangan dewan Gerakan Desa Wawasan (GDW)
Jeram Tekoh. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tn Hj Osman Ismail; Pengurus
Pembangunan Pertanian Kesedar, En Daud Che Nik; Pengurus Kesedar Jeram Tekoh
dan Tn Hj Ab Aziz; ketua Peneroka Kesedar Gua Musang.
Sebahagian penduduk yang hadir |
Pelbagai acara sukan rakyat diadakan pada majlis tersebut
seperti Boling Padang Kelapa, Getah Para, Makin Jauh-Makin Sayang, Dam Haji dan
Futsal Veteran Lelaki dan Wanita.
Acara baling telur |
Tim Nasional ACT Kelantan telah dijemput untuk bersama-sama
memeriahkan lagi majlis tersebut. Kami diwakili oleh En Ab Wahab, En Abizar dan
En Rusdino. Walaupun tidak terlibat dalam mana-mana acara yang diadakan, kami
dapat merasakan kemeriahan majlis tersebut lebih-lebih lagi dalam acara yang
melibatkan peneroka-peneroka veteran.
Acara futsal wanita veteran |
Pada waktu yang sama tim ACT mengambil kesempatan untuk
berbicang tentang program Kayuhan Cinta Desa bersama En Daud, Tn Hj Ab Aziz dan
Tn Hj Ab Hamid (Pengerusi AJK Hari Peneroka).
Kami menyerahkan draf tentatif program yang dicadang untuk diadakan pada
9-11hb Disember nanti. Maklum balas awal menunjukkan, pihak Kesedar bersetuju
dengan cadangan aturcara program tersebut. Bagi pihak peneroka, Tn Hj Ab Aziz perlu
mendapat persetujuan penduduk sebelum beliau mengambil apa-apa keputusan.
Beliau akan mengadakan mesyuarat selepas Hari Raya Korban nanti bersama dengan
semua penduduk.
Tn Hj Ab Aziz, & Tn Hj Ab Hamid sedang asyik membaca deraf program Kayuhan Cinta Desa |
Kami juga berkesempatan untuk berjumpa dengan seorang
kordinator dari Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), En Mohd Hafiz yang
membuka meja permohonan kemasukan ke KIST kepada belia di Jeram Tekoh. Beliau
sangat teruja dengan cadangan program yang akan dianjurkan oleh pihak ACT
bersama Kesedar dan penduduk Jeram Tekoh dan bercadang untuk turut serta dalam
program tersebut. Beliau akan berbincang dengan pengurusan kolej untuk
mengadakan pemeriksaan kesihatan pada hari program itu nanti. Kesudian pihak
KIST untuk bersama-sama ACT dalam memberi khidmat kepada penduduk di Jeram
Tekoh akan membuka ruang kerjasama dalam program-program ACT di daerah-daerah
lain pada masa akan datang.